Home

blog_uang[tapakurang]: Semasa tahun 90-an, dunia internet lebih ke arah messaging dan juga laman web. Tetapi mengikut peredaran masa,blog menjadi satu medium yang semakin meningkat naik dalam mencapai target yang dihajati oleh individu.

Ada yang ingin memberi maklumat kepada orang ramai, meluaskan pengaruh politik, membina jenama, menulis diari, berhubung dan membina jaringan, kembangkan perniagaan dan tidak kurang juga yang menjana wang dengan aktiviti blogging.

Kini,  pemilikan blog semakin menjadi mudah dengan menggunakan platform blogspot ataupun wordpress. Sesiapa sahaja mampu untuk memiliki blog, dari seorang pelajar sehinggalah ke pensyarah (perusahaan), dari sopir taksi sehinggalah pejabat pemerintahan.

Adakah anda tahu, ramai yang menjana pendapatan pasif melalui blog masing-masing. Bloggers dari luar negeri bisa mendapatkan uang tidak kurang dari Rp 12 juta sebulan hanya melalui adsense sahaja. Err.., apa itu adsense? Akan diterangkan pada penjelasan seterusnya. Teruskan saja Anda membaca artikel ini …

Bagaimana blog menjadi sumber pendapatan atau mendatangkan uang yang lumayan bagi pemiliknya? Sudah pasti dari sumber pengiklanan dalam sesebuah blog. Sumber pengiklanan ada dua, dari pihak ketiga maupun pemilik blog itu sendiri yang meletakkan iklannya. Pihak luar akan membayar sejumlah nilai tertentu untuk beriklan dalam sebuah blog. Sudah tentu biaya pengiklanan itu akan masuk ke kantung pemilik blog.

blog_uang1Pemilik blog pula boleh mendaftarkan diri untuk iklan adsense. Adsense adalah iklan yang disediakan oleh pihak Google untuk diletakkan dalam website masing-masing. Apabila ada klik terhadap iklan itu, maka pemilik blog akan mendapat hasil komisi.

Selain dari Google, antara syarikat pengiklanan pihak ketiga adalah seperti Nuffnang, Adbrite dan Mangga Adds. Mereka ini juga menyediakan iklan untuk pemilik web dan blog. Antara contoh iklan yang mudah dilihat adalah seperti banner iklan yang terdapat di dalam sebuah blog. Iklan teks pun boleh dikira sebagai iklan.

Setiap blog, jika diperhatikan mempunyai tema yang tersendiri. Ada blog untuk aktiviti lasak, blog resepi, blog perniagaan, blog hobi, blog komuniti, blog pojok, blog politik, blog gossip artis dan lain sebagainya. Pendek kata, setiap blog ada profesion masing-masing. Katakan blog anda terkenal dalam niche tentang pendidikan. Anda boleh membuat review tentang sesuatu produk yang akan dilancarkan. Sebagai contoh, sebuah buku bertajuk ”Teknik Belajar Yang Baik” akan dilancarkan oleh sebuah syarikat. Anda boleh mengambil upah untuk mereview buku tersebut di blog Anda. Tulis serba sedikit tentang buku itu untuk dibaca (tatapan) pembaca blog Anda. Insya Allah, bayaran untuk sesuatu review tidak mengecewakan. Semakin banyak membuat promosi, makin banyak Anda mendapatkan uang.

Anda boleh mereview apa sahaja produk yang bakal dipromosikan, atau semacam pengumuman perkenalan produk, dari produk fizikal/digital dan juga bisa tentang profil perseorangan atau perusahaan. Asalkan Anda rajin mencari peluang untuk mempromosi blog Anda pada orang yang tepat. Setelah terkenal, maka perusahaan [syarikat] pula yang akan mencari dan meminta Anda untuk mempromosikan prosuk mereka. Yakinlah dengan blog Anda, maka Anda akan memperoleh hasilnya!

blog_uang2Perkara ketiga, bagaimana kita menjana uang dengan berblogging adalah dengan menyertai affiliates. Apa itu affiliates? Maksud mudahnya, kita menjadi salesman untuk produk orang lain, dan mendapat komisien atas setiap jualan dari link web kita. Anda semisal menyertai affiliates produk percintaan yang sedang hangat di pasaran, blog Anda kebetulan misalnya memang memiliki karakter dan berisi banyak tulisan tentang cinta, apalagi jika Anda piawai dan ahli dalam menulis, atau bahkan Anda mungkin adalah seorang Mat Romeo? Wah, sudah pasti jualan dari link Anda akan bertambah karena orang tertarik dengan Anda dan dengan tulisan Anda. Anda hanya perlu menggunakan beberapa teknik mudah untuk mempromosikan link Anda itu di blog milik Anda. Pasti tidak mengecewakan. Antaranya meletakkan banner produk affiliates Anda, review untuk produk tersebut, dan promosi melalui feedburner Anda.

Page ranking juga boleh disewa untuk pemilik blog yang lain mengambil faedah atas link exchange. Katakan sesuatu laman web tersebut memiliki laman web yang tinggi page ranknya, dia boleh mengenakan bayaran untuk meletakkan link blog/web lain pada blognya. Katakan page rank blog Anda adalah 7, dan ada blog lain ingin meletakkan link blognya sebagai exchange link, tetapi blog itu baru 2 bulan dan page rank 0, maka Anda boleh mengenakan semacam uang sewa sesuai dan sesuka hati Anda untuk meletakkan link blog si Polan itu.

blog_uang4Emm, apa guna page ranking dan exchange link ini? Page ranking yang tinggi menunjukkan sebuah web bloh itu mendapat traffic yang tinggi dan popular di search engine. Sedangkan link exchange adalah untuk meningkatkan backlink URL blog Anda. Semakin banyak backlink [link blog Anda di web orang lain] maka semakin mudah untuk sebuah blog di search oleh search engine. Ini bermakna, blog Anda akan berada di kedudukan teratas dalam enjin pencari (search engine), seperti Google, Yahoo, Bing dan Live contohnya.

Apakah Anda memang mempunyai idea yang sangat hebat dan mencurah-curah? Gaya penulisan Anda memang wah dan aduhai…? Tulisan Anda mampu memberi kepuasan kepada para pembaca? Sesungguhnya, YA! Setiap dari kita mempunyai gaya penulisan yang tersendiri, khas, dan itu yang membezakan seseorang bloggers dengan bloggers yang lain. Penulisan Anda apakah memang sungguh kreatif dan mempunyai gaya dan ciri yang tersendiri? Maka, jika demikian, yakinlah dengan kemampuan Anda. Bolehlah Anda membuat novel online (ebook novel), atau cerita berseri di blog Anda, misalnya sekali sepekan serial seri Anda dipublih. Atau tulisan apa sahaja yang Anda minati dan sukai, yang Anda pikir menarik dan bermanfaat bagi orang lain.

Anda juga membuat satu memblog_uang5bership site yang ekslusif untuk ahli premium sahaja, misalnya, yang berhak dan dapat membaca penulisan kreatif Anda itu. Nah, Anda bisa mendapat income dengan kadar pembayaran untuk membership site blog Anda. Mudah tetapi sukar untuk dicapai. Tetapi jika banyak blogger luar negara berhasil, mengapakah Anda tidak bisa?

Apakah Anda memang seorang yang suka menulis artikel, feature atau karangan khas, dan benar-benar bisa dibanggakan? Nah, jadilah seorang freelance untuk menulis artikel. Satu artikel yang Anda karang boleh sekali dijual dengan harga yang pantas. Mmmm, bagaimana hendak dijual tulisan artikel itu? Opss… caranya mudah dan flexible. Hubungi pemilik blog yang Anda lihat jarang mengupdate blognya. Hubungi dan beritahu hasrat Anda yang mahu menulis artikel untk konten blog itu. Apa? Tak diterima!?? Jangan bersedih dahulu, sebab, jumlah web blog di internet ini ada berjuta-juta. Pasti ada rezeki untuk awak. Teruskan usaha! Jangan menyerah…

Melalui idea Anda juga, Anda boleh menjual idea untuk pengguna internet yang lain. Idea Anda itu diformatkan ke dalam bentuk PDF atau dalam bahasa lain menjadi ebook (buku elektronik). Dan melalui ebook, ramai Internet Marketers di Malaysia dan Indonesia mencapai income puluhan juta rupiah dalam masa kurang dari 30 hari! Maklumat dan info dalam fikiran Anda itu sebenarnya amat-amat bernilai. Cuma Anda yang perlu menyadari dan mengoptimalkan potensi sendiri, dan yang paling penting, bertindak saat ini juga!

blog_uang3Kaedah merengkuh uang melalui blogging untuk point yang terakhir adalah, misalnya, dengan menawarkan keahlian Anda melalui blog. Katakan dan jelaskan, misalnya, bahwa Anda adalah seorang ahli dalam interior design. Boleh Anda menyatakan promosi di blog Anda, dan saya pastikan, Anda akan mendapat pelanggan dengan mudah. Selain itu, keahlian servis seperti membuat desain laman web, mengedit tulisan periklanan, install software, ahli desain web, dan sebagainya, yakinlah keahlian-keahlian itu dan yang lainnya, dipastikan menjanjikan peluang yang besar bagi Anda untuk memperoleh uang. Tetapi syaratnya adalah dua, yaitu mulailah sekarang bertindak, dan seriuslah mengelola blog, sehingga uang akan datang kepada Anda.

Selain itu, Anda juga boleh memanfaatkan blog Anda untuk memasarkan servis atau jualan produk orang lain, dan Anda hanya ambil untung saja dari komisi, tanpa modal! Hehe.. Rahsianya? Katakan Anda misalnya tinggal di Jakarta, dekat dengan seorang pengusaha atau pabrik tertentu, nah, jualkan produk itu di blog Anda, tetapi ambil untung atas jualan itu. Yang penting, dapat uang kan?

Baiklah, itu adalah beberapa teknik bagaimana blog mampu memberi pulangan yang lumayan untuk pemiliknya.Sekiranya Anda masih beralasan untuk tidak memiliki blog Anda sendiri, Anda sebenarnya yang rugi. Mengapa saya berkata demikian?

Dengan menyebarkan ilmu melalui blog, sebenarnya Anda juga akan meningkatkan saham akhirat. Katakan 100 orang mengamalkan teknik dan ilmu yang Anda ajar di blog Anda, maka amal jariah Anda sudah bertambah. Tiga amalan yang tidak akan putus pahalanya sehingga ke kubur adalah:

1-ilmu yang diamalkan oleh si mati
2-sedekah jariah si mati
3-anak soleh yang mendoakan si mati

Jika Anda masih banyak beralasan, malas, atau tidak percaya, yah… tidak mengapa, semoga Anda puas dengan kehidupan Anda sekarang. Bukankah sharing is caring?? Moga dengan penyampaian artikel saya, Aanda akan beroleh manfaat darinya. Amiin. [] www.faizsufi.com
[Cara Blog Beri Anda Duit | faizsufi.comhttp://faizsufi.com/umum/6-cara-blog-beri-anda-pendapatan/]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s